Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من كذبَ علَى والدَيهِ أو علَيَّ؛ لم يرَحْ رائحةَ الجنَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berbohong ke atas ibu bapanya atau ke atasku, dia tidak akan mencium bau syurga.
Sahabat Perawi
- Aws bin ‘Aws RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 101, hadis no. 524. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أوس بن أوس -رضي الله عنه- مرفوعاً: من كذب على والديه أو عليّ؛ لم يرح رائحة الجنة. [تخ، ((الضعيفة)) (5079)]
(Munkar) Daripada Aws ibn Aws RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berbohong ke atas ibu bapanya atau ke atasku, dia tidak akan mencium bau syurga. [Riwayat al-Bukhārī dalam al-Tārīkh al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5079]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman