Sesiapa yang berbohong atas nama ibu bapanya atau ke atas aku

TEKS BAHASA ARAB

من كذب على والديه أو علي؛ لم يرح رائحة الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berbohong atas nama ibu bapanya atau ke atas aku maka dia tidak akan mencium bau syurga.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 220, hadis nombor 1169. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أوس بن أوس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من كذب على والديه أو علي؛ لم يرح رائحة الجنة)). [((تخ، ((الضعيفة)) (5079)]

(Munkar)
Daripada Aus bin Aus RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berbohong atas nama ibu bapanya atau ke atas aku maka dia tidak akan mencium bau syurga.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 5079]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs