Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من كذبَ علَى والدَيهِ أو علَيَّ؛ لم يرَحْ رائحةَ الجنَّةِ .
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berbohong atas nama ibu bapanya atau ke atas aku maka dia tidak akan mencium bau syurga.
Sahabat Perawi
- Aus bin Aus RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 220, hadis no. 1169. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أوس بن أوس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((من كذب على والديه أو علي؛ لم يرح رائحة الجنة)). [((تخ، ((الضعيفة)) (5079)]
(Munkar) Daripada Aus bin Aus RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berbohong atas nama ibu bapanya atau ke atas aku maka dia tidak akan mencium bau syurga. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 5079]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman