Sesiapa yang berasa sesal terhadap dunia yang terlepas daripadanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أسف على دنيا فاتته اقترب من النار مسيرة ألف سنة، ومن أسف على آخرة فاتته اقترب من الجنة مسيرة ألف سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berasa sesal terhadap dunia yang terlepas daripadanya, dia telah mendekat kepada neraka sejauh perjalanan seribu tahun. Sesiapa yang sesal terhadap akhirat yang terlepas daripadanya, dia mendekat kepada syurga sejauh perjalanan seribu tahun.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1986, hadis nombor 9944. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من أسف على دنيا فاتته اقترب من النار مسيرة ألف سنة، ومن أسف على آخرة فاتته اقترب من الجنة مسيرة ألف سنة)).
[أبو عبد الله الرازي في ((مشيخته))، ((الضعيفة)) (1770)]

(Sangat Lemah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berasa sesal terhadap dunia yang terlepas daripadanya, dia telah mendekat kepada neraka sejauh perjalanan seribu tahun. Sesiapa yang sesal terhadap akhirat yang terlepas daripadanya, dia mendekat kepada syurga sejauh perjalanan seribu tahun.
[Riwayat Abū ‘Abdillah al-Rāzī dalam Masyīkhatih. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1770]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.