Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أسف على دنيا فاتته اقترب من النار مسيرة ألف سنة، ومن أسف على آخرة فاتته اقترب من الجنة مسيرة ألف سنة.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berasa sesal terhadap dunia yang terlepas daripadanya, dia telah mendekat kepada neraka sejauh perjalanan seribu tahun. Sesiapa yang sesal terhadap akhirat yang terlepas daripadanya, dia mendekat kepada syurga sejauh perjalanan seribu tahun.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1986, hadis no. 9944. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من أسف على دنيا فاتته اقترب من النار مسيرة ألف سنة، ومن أسف على آخرة فاتته اقترب من الجنة مسيرة ألف سنة)). [أبو عبد الله الرازي في ((مشيخته))، ((الضعيفة)) (1770)]
(Sangat Lemah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berasa sesal terhadap dunia yang terlepas daripadanya, dia telah mendekat kepada neraka sejauh perjalanan seribu tahun. Sesiapa yang sesal terhadap akhirat yang terlepas daripadanya, dia mendekat kepada syurga sejauh perjalanan seribu tahun. [Riwayat Abū ‘Abdillah al-Rāzī dalam Masyīkhatih. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1770]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman