Sesiapa yang berasa gembira sekiranya syaitan tidak mendapati sebarang makanan atau tempat berehat di sisinya

TEKS BAHASA ARAB

من سره أن لا يجد الشيطان عنده طعاما ولا مقيلا؛ فليسلم إذا دخل بيته، وليسم على طعامه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berasa gembira sekiranya syaitan tidak mendapati sebarang makanan atau tempat berehat di sisinya, maka hendaklah dia mengucapkan salam apabila dia masuk ke dalam rumahnya, dan hendaklah dia membaca bismillah ke atas makanannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 220, hadis nombor 1167. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن سلمان – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((من سره أن لا يجد الشيطان عنده طعاما ولا مقيلا؛ فليسلم إذا دخل بيته، وليسم على طعامه)). [طب، ((الضعيفة)) (5358)]

(Palsu)
Daripada Salman RA beliau berkata: Rasulullah bersabda: Sesiapa yang berasa gembira sekiranya syaitan tidak mendapati sebarang makanan atau tempat berehat di sisinya, maka hendaklah dia mengucapkan salam apabila dia masuk ke dalam rumahnya, dan hendaklah dia membaca bismillah ke atas makanannya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 5358]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs