Sesiapa yang beramal dengan apa yang dia tahu, Allah akan mengurniakan kepadanya satu ilmu yang dia tidak tahu

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من عمل بما علم، ورثه الله علم ما لم يعلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang beramal dengan apa yang dia tahu, Allah SWT akan mengurniakan kepadanya satu ilmu yang dia tidak tahu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 286, hadis nombor 43. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه أبو نُعيم، وهو ضعيف.

Diriwayatkan oleh Abu Nuaim dan hadith ini dhaif.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs