Sesiapa yang berada pada pagi hari Jumaat dalam keadaan berpuasa

TEKS BAHASA ARAB

من أصبح يوم الجمعة صائما، وعاد مريضا، وأطعم مسكينا، وشيع جنازة، لم يتبعه ذنب أربعين سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berada pada pagi hari Jumaat dalam keadaan berpuasa, menziarahi orang sakit, memberikan makan kepada orang miskin dan mengiringi jenazah, nescaya dia tidak akan dituruti oleh dosa selama empat puluh tahun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 354, hadis nombor 1878. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر – رضي الله عنه – مرفوعاً: «مَن أصبحَ يومَ الجمعةِ صائمًا، وعادَ مريضًا، وأطعمَ مسْكينًا، وشيَّعَ جنازةً، لم يتبعْهُ ذنبٌ أربعينَ سنةً». [عد، ابن الجوزي، «الضعيفة» (620)].

(Palsu) Daripada Jabir RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa yang berada pada pagi hari Jumaat dalam keadaan berpuasa, menziarahi orang sakit, memberikan makan kepada orang miskin dan mengiringi jenazah, nescaya dia tidak akan dituruti oleh dosa selama empat puluh tahun". [Diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi dalam al-Kamil dan Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu'at. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 620].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs