Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang berada pada pagi hari Jumaat dalam keadaan berpuasa

Teks Bahasa Arab

مَن أصبحَ يومَ الجمعةِ صائمًا، وعادَ مريضًا، وأطعمَ مسْكينًا، وشيَّعَ جنازةً، لم يتبعْهُ ذنبٌ أربعينَ سنةً.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang berada pada pagi hari Jumaat dalam keadaan berpuasa, menziarahi orang sakit, memberikan makan kepada orang miskin dan mengiringi jenazah, nescaya dia tidak akan dituruti oleh dosa selama empat puluh tahun.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 354, hadis no. 1878. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر - رضي الله عنه - مرفوعاً: «مَن أصبحَ يومَ الجمعةِ صائمًا، وعادَ مريضًا، وأطعمَ مسْكينًا، وشيَّعَ جنازةً، لم يتبعْهُ ذنبٌ أربعينَ سنةً». [عد، ابن الجوزي، «الضعيفة» (620)].

(Palsu) Daripada Jabir RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa yang berada pada pagi hari Jumaat dalam keadaan berpuasa, menziarahi orang sakit, memberikan makan kepada orang miskin dan mengiringi jenazah, nescaya dia tidak akan dituruti oleh dosa selama empat puluh tahun". [Diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi dalam al-Kamil dan Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu'at. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 620].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.