Sesiapa yang benar-benar tidur, maka dia wajib berwuduk

TEKS BAHASA ARAB

من استحق النوم وجب عليه الوضوء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang benar-benar tidur, maka dia wajib berwuduk.

STATUS

Shaz

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1192, hadis nombor 6044. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

( شاذ لا يصح)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، مرفوعا: من استحق النوم وجب عليه الوضوء.
[ابن المظفر في ((غرائب شعبة))، ((الضعيفة)) (954)]

(Shaz tidak sahih)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’: Sesiapa yang benar-benar tidur, maka dia wajib berwuduk.
[Riwayat Ibn al-Muzaffar dalam Gharaib Shu’bah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 954]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.