Shaz
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنِ اسْتَحَقَّ النومَ وَجَب عليه الوضوءُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang benar-benar tidur, maka dia wajib berwuduk.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Shaz
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1192, hadis no. 6044. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
( شاذ لا يصح) عن أبي هريرة رضي الله عنه، مرفوعا: من استحق النوم وجب عليه الوضوء. [ابن المظفر في ((غرائب شعبة))، ((الضعيفة)) (954)]
(Shaz tidak sahih) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu': Sesiapa yang benar-benar tidur, maka dia wajib berwuduk. [Riwayat Ibn al-Muzaffar dalam Gharaib Shu'bah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 954]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman