Sesiapa yang banyak solatnya pada waktu malam, nescaya akan indah wajahnya di siang hari

TEKS BAHASA ARAB

من كثرت صلاته بالليل؛ حسن وجهه بالنهار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang banyak solatnya pada waktu malam, nescaya akan indah wajahnya di siang hari.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 299, hadis nombor 1580. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من كثرت صلاته بالليل؛ حسن وجهه بالنهار)).
[ه، ابن النصر في ((قيام الليل))، ابن أبي حاتم في ((العلل))، خط، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (4644)]

(Palsu) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang banyak solatnya pada waktu malam, nescaya akan indah wajahnya di siang hari.
[Riwayat Sunan Ibn Majah, Ibn Nasr dalam Qiyam al-Layl, Ibn Abi Hatim dalam al-‘Ilal, Tarikh Baghdad oleh al-Khatib al-Baghdadi dan Ibn Al-Jauzi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4644]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs