Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang banyak solat malamnya

Teks Bahasa Arab

مَنْ كَثُرَتْ صَلاَتُهُ بِاللَّيْلِ حَسُنَ وَجْهُهُ بِالنَّهَارِ.

Teks Bahasa Melayu

"Sesiapa yang banyak solat malamnya, maka eloklah wajahnya pada siang hari".

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 75, hadis no. 430. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ini termasuk perkara pelik dilakukan oleh penulis [al-Suyuti], kerana beliau adalah antara yang menukilkan kesepakatan para huffaz terhadap kepalsuannya dan mereka menjadikannya sebagai contoh dalam kitab-kitab mustalah bagi hadith palsu yang tidak disengajakan.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.