Sesiapa yang banyak solat malam

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "مَنْ كَثُرَتْ صَلاتُهُ بِاللَّيْلِ حَسُنَ وَجْهُهُ بِالنَّهَارِ


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith : Sesiapa yang banyak solat malam maka wajahnya akan bercahaya pada siang hari.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 35, hadis nombor 78. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


قال العقيلي باطل ليس له أصل وقد ذكر له في اللآلىء طرقا لا تخلو عن كذابين ومجاهيل وكون واضعه ظنه حديثا لما سمعه من شيخه يقول من جهة نفسه لا يخرجه عن كونه موضوعا
وقال في المقاصد: لا أصل له وقال الصغاني: موضوع

Al-Uqaili berkata : Batil, tidak ada asalnya. Telah disebutkan hadith ini dalam kitab al-La’ali bahawa jalan riwayatnya tidak terlepas daripada riwayat perawi pendusta dan perawi yang tidak dikenali. Keadaan pencipta hadith ini yang menyangka ia hadith apabila mendengar perkataan gurunya tidak mengeluarkan hadith ini daripada palsu dan bukan berhasrat untuk mereka hadith.
Al-Sakhawi berkata dalam kitabnya al-Maqasid : Hadith ini tidak ada asalnya, al-Saghani berkata : Hadith ini palsu.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs