Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: "مَنْ كَثُرَتْ صَلاتُهُ بِاللَّيْلِ حَسُنَ وَجْهُهُ بِالنَّهَارِ
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Sesiapa yang banyak solat malam maka wajahnya akan bercahaya pada siang hari.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 35, hadis no. 78. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال العقيلي باطل ليس له أصل وقد ذكر له في اللآلىء طرقا لا تخلو عن كذابين ومجاهيل وكون واضعه ظنه حديثا لما سمعه من شيخه يقول من جهة نفسه لا يخرجه عن كونه موضوعا وقال في المقاصد: لا أصل له وقال الصغاني: موضوع
Al-Uqaili berkata: Batil, tidak ada asalnya. Telah disebutkan hadith ini dalam kitab al-La’ali bahawa jalan riwayatnya tidak terlepas daripada riwayat perawi pendusta dan perawi yang tidak dikenali. Keadaan pencipta hadith ini yang menyangka ia hadith apabila mendengar perkataan gurunya tidak mengeluarkan hadith ini daripada palsu dan bukan berhasrat untuk mereka hadith. Al-Sakhawi berkata dalam kitabnya al-Maqasid: Hadith ini tidak ada asalnya, al-Saghani berkata: Hadith ini palsu.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman