Sesiapa yang banyak melakukan solat

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من كثرت صلاته بالليل حسن وجهه بالنهار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang banyak melakukan solat malam, maka pada waktu siang hari wajahnya kelihatan indah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 199, hadis nombor 619. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: موضوع من غير قصد، فقد اتفق أئمة الحديث على أنه من قول شريك، قاله لثابت لما دخل عليه.

Al-Sakhawi berkata: Ia palsu tanpa niat memalsukan. Ulama hadith sepakat bahawa ia adalah daripada ucapan Syarik, ketika beliau mengucapkannya kepada Thabit ketika beliau masuk menemuinya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs