Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: من كثرت صلَاته بِاللَّيْلِ حسن وَجهه بِالنَّهَارِ.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Sesiapa yang banyak melakukan solat malam, maka pada waktu siang hari wajahnya kelihatan indah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 199, hadis no. 619. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال السخاوي: موضوع من غير قصد، فقد اتفق أئمة الحديث على أنه من قول شريك، قاله لثابت لما دخل عليه.
Al-Sakhawi berkata: Ia palsu tanpa niat memalsukan. Ulama hadis sepakat bahawa ia adalah daripada ucapan Syarik, ketika beliau mengucapkannya kepada Thabit ketika beliau masuk menemuinya.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman