Sesiapa yang banyak keperluan dan hajat manusia tertanggung ke atasnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: من عظمت حوائج الناس إليه فلم يحتمل عرض تلك النعمة للزوال.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang banyak keperluan dan hajat manusia tertanggung ke atasnya tetapi dia tidak menunaikannya maka nikmat yang diperolehi terdedah untuk hilang.


STATUS

Tidak sahih


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 81, hadis nombor 47. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


قال في المختصر: روي من وجوه كلها غير محفوظة.

Al-Fairuzabadi berkata dalam al-Mukhtasar: Diriwayatkan hadith ini daripada semua jalan tetapi semuanya tidak terpelihara.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon