Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من كَثُرَ كلامُه كَثُرَ سَقَطُهُ، ومن كَثُرَ سَقَطُه كَثُرَت ذنوبُه، ومن كَثُرَت ذنوبُه كانت النارُ أَوْلَى به.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang banyak cakapnya maka banyaklah juga kesalahannya. Dan sesiapa yang banyak kesalahannya maka banyaklah dosanya. Dan sesiapa yang banyak dosanya maka neraka lebih utama buat dirinya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 213, hadis no. 1128. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang banyak cakapnya maka banyaklah juga kesalahannya. Dan sesiapa yang banyak kesalahannya maka banyaklah dosanya. Dan sesiapa yang banyak dosanya maka neraka lebih utama buat dirinya. [Riwayat al-Uqayli dalam al-Duafa’ al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Abu Nu’aym dalam al-Hilyah, al-Quda’ie, Abu al-Ghanaim dalam Intikhab al-Hafidh al-Suriy ‘Ala ‘Abdullah al-‘Alawi. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4643]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman