Sesiapa yang banyak bercakap

TEKS BAHASA ARAB

من كثر كلامه كثر سقطه، ومن كثر سقطه كثرت ذنوبه، ومن كثرت ذنوبه كانت النار أولى به.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang banyak bercakap, maka banyaklah jatuhnya. Sesiapa yang banyak jatuhnya, maka banyaklah dosanya. Sesiapa yang banyak dosanya, maka neraka itulah tempat yang utama untuknya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2034 hadis nombor 10237. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: من كثر كلامه كثر سقطه، و من كثر سقطه كثرت ذنوبه، و من كثرت ذنوبه كانت النار أولى به.
[عق، طس، حل، القضاعي، أبو الغنائم النرسي في ((انتخاب الحافظ الصوري على أبي عبد الله العلوي))، ((الضعيفة)) (4643)]

(Lemah)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang banyak bercakap, maka banyaklah jatuhnya. Sesiapa yang banyak jatuhnya, maka banyaklah dosanya. Sesiapa yang banyak dosanya, maka neraka itulah tempat yang utama untuknya.
[Riwayat al-‘Uqaili, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah, al-Quda’i, Abu al-Ghanaim al-Nursi dalam Intikhab al-Hafiz al-Suri ‘Ala Abu Abdillah al-Alawi. Lihat al-Silsilah Al-Da’ifah, no. 4643]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs