Sesiapa yang bangun pagi dalam keadaan mentaati Allah SWT pada kedua ibu bapanya (berbuat baik kepada ibu bapa)

TEKS BAHASA ARAB

من أصبح مطيعا لله في والديه أصبح له بابان مفتوحان من الجنة وإن كان واحدا فواحدا ومن أمسى عاصيا لله في والديه أصبح له بابان مفتوحان من النار وإن كان واحدا فواحدا قال رجل وإن ظلماه قال وإن ظلماه وإن ظلماه وإن ظلماه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang bangun pagi dalam keadaan mentaati Allah SWT pada kedua ibu bapanya (berbuat baik kepada ibu bapa), maka dia akan bangun pagi dalam masa yang sama akan dibuka dua buah pintu daripada syurga buatnya. Sekiranya salah seorang masih ada, maka dibuka sebuah pintu. Sesiapa yang berada pada waktu petang dalam keadaan menderhakai Allah SWT pada kedua ibubapanya (derhaka kepada kedua ibu bapa), maka dia akan bangun pagi dalam keadaan dibuka dua buah pintu daripada neraka. Sekiranya salah seorang masih ada, maka dibuka sebuah pintu. Seorang lelaki telah bertanya: Walaupun kedua ibu bapanya menzalimi dirinya? Baginda SAW telah menjawab: Ya, walaupun kedua-dua ibu bapanya menzaliminya, walaupun kedua ibu bapanya menzaliminya, walaupun kedua ibu bapanya menzaliminya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 134, hadis nombor 670. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنها قال: قال رسول اللہ ﷺ: من أصبح مطيعاً لله في والديه أصبح له بابان مفتوحان من الجنة وإن كان واحداً فواحداً ومن أمسى عاصياً الله في والديه اصبح له بابان مفتوحان من النار وإن كان واحداً فواحداً. قال رجل: وإن ظَلَماهُ؟ قال: وإن ظلماه وإن ظَلَماهُ وإن ظَلَماهُ. [هب، الضعيفة، (6271)].

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfū‘: Sesiapa yang bangun pagi dalam keadaan mentaati Allah SWT pada kedua ibu bapanya (berbuat baik kepada ibu bapa), maka dia akan bangun pagi dalam masa yang sama akan dibuka dua buah pintu daripada syurga buatnya. Sekiranya salah seorang masih ada, maka dibuka sebuah pintu. Sesiapa yang berada pada waktu petang dalam keadaan menderhakai Allah SWT pada kedua ibubapanya (derhaka kepada kedua ibu bapa), maka dia akan bangun pagi dalam keadaan dibuka dua buah pintu daripada neraka. Sekiranya salah seorang masih ada, maka dibuka sebuah pintu. Seorang lelaki telah bertanya: Walaupun kedua ibu bapanya menzalimi dirinya? Baginda SAW telah menjawab: Ya, walaupun kedua-dua ibu bapanya menzaliminya, walaupun kedua ibu bapanya menzaliminya, walaupun kedua ibu bapanya menzaliminya. [Diriwayatkan oleh al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6271)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs