Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang azan selama setahun dengan niat yang ikhlas

Teks Bahasa Arab

حديث: من أذن سنة من نية صادقة، يحشر يوم القيامة فيوقف على باب الجنة. فيقال له: اشفع لمن شئت.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang azan selama setahun dengan niat yang ikhlas, akan dikumpulkan pada hari kiamat lalu diberhentikan di hadapan pintu syurga. Lalu dikatakan kepadanya: Berilah syafaat kepada sesiapa yang engkau kehendaki.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 21, hadis no. 25. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده: وضاع.

Di dalam sanadnya terdapat pereka hadith.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.