Sesiapa yang akur kepada cukai sedangkan dia mampu untuk tidak akur kepadanya, maka baginya laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia

TEKS BAHASA ARAB

من أقر بالخراج وهو قادر على أن لا يقر به؛ فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين، لا يقبل الله منه صرفا ولا عدلا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang akur kepada cukai sedangkan dia mampu untuk tidak akur kepadanya, maka baginya laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia. Allah tidak akan menerima daripadanya ibadah wajib mahupun ibadah sunat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 227-228, hadis nombor 1207. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «من أقر بالخراج وهو قادر على أن لا يقر به؛ فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين، لا يقبل الله منه صرفاً ولا عدلاً». [ذكره صالح ابن الإمام أحمد في «مسـائله»، «الضعيفة» (5738)].

(Munkar) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang akur kepada cukai sedangkan dia mampu untuk tidak akur kepadanya, maka baginya laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia. Allah tidak akan menerima daripadanya ibadah wajib mahupun ibadah sunat". [Disebutkan oleh Soleh bin Imam Ahmad dalam Masa’il beliau. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 5738].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs