Sesiapa yang ada padanya satu daripada tiga perkara ini, nescaya Allah akan kahwinkan dia dengan bidadari yang putih melepak

TEKS BAHASA ARAB

من كانت فيه واحدة من ثلاث زوجه الله من الحور العين: من كانت عنده أمانة خفية شهية فأداها من مخافة الله عز وجل، أو رجل عفا عن قاتله، أو رجل قرأ {قل هو الله أحد} دبر كل صلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang ada padanya satu daripada tiga perkara ini, nescaya Allah akan kahwinkan dia dengan bidadari yang putih melepak: Orang yang mempunyai amanah yang tersembunyi lagi disukai, lalu dia menunaikan amanah itu kerana takut kepada Allah Azzawajalla. Atau seseorang yang memaafkan pembunuhnya, atau seseorang yang membaca "Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa" pada setiap penghujung solat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 362, hadis nombor 1932. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم سلمة – رضي الله عنها – مرفوعا: «من كانت فيه واحدة من ثلاث زوجه الله من الحور العين: من كانت عنده أمانة خفية شهية فأداها من مخافة الله عز وجل أو رجل عفا عن قاتله او رجل قرأ {قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ} دبر كل صلاة». [الدينوري، «الضعيفة» (1276)].

(Lemah) Daripada Ummu Salamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa yang ada padanya satu daripada tiga perkara ini, nescaya Allah akan kahwinkan dia dengan bidadari yang putih melepak: Orang yang mempunyai amanah yang tersembunyi lagi disukai, lalu dia menunaikan amanah itu kerana takut kepada Allah Azzawajalla. Atau seseorang yang memaafkan pembunuhnya, atau seseorang yang membaca "Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa" pada setiap penghujung solat". [Riwayat al-Dinawari. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1276].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs