Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من لم يَغْزُ معي فليَغْزُ في البحرِ فإنَّ قتالَ يومٍ في البحرِ خيرٌ من قتالِ يوميْنِ في البرِّ فإنَّ أجرَ الشهيدِ في البحرِ كأجرِ شهيديْنِ في البرِّ وإنَّ خيارَ الشهداءِ عند اللهِ أصحابُ الأكُفِّ . قيل : ومن أصحابُ الأكُفِّ ؟ قال : قومٌ تُكْفَأُ عليهم مراكبُهم في البحرِ
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang tidak berperang bersamaku, maka sertailah peperangan di lautan. Sesungguhnya peperangan di lautan selama sehari adalah lebih baik daripada dua hari peperangan di darat. Sesungguhnya pahala orang yang mati syahid di lautan seperti pahala dua orang syahid di daratan. Dan sebaik-baik orang yang syahid di sisi Allah ialah orang-orang al-Ukuf. Baginda ditanya : Siapakah orang-orang al-Ukuf itu? Baginda SAW menjawab: Iaitu orang-orang yang kapal mereka dipukul ombak di lautan.
Sahabat Perawi
- Alqamah Bin Syihab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1023-1024, hadis no. 5258. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علقمة بن شهاب قال قال رسول الله ﷺ: من لم يغز معي فليغز في البحر فإن قتال يوم في البحر خير من قتال يومين في البر. فإن أجر الشهيد في البحر كأجر الشهيدين في البرّ. وإن خيار الشهداء عند الله أصحاب الأكف. قيل: وما أصحاب الأكف؟ قال: قوم تكفأ عليهم مراكبهم في البحر. [ش, الضعيفة (6165)]
(Lemah) Daripada ‘Alqamah bin Shihab, beliau dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang tidak berperang bersamaku, maka sertailah peperangan di lautan. Sesungguhnya peperangan di lautan selama sehari adalah lebih baik daripada dua hari peperangan di darat. Sesungguhnya pahala orang yang mati syahid di lautan seperti pahala dua orang syahid di daratan. Dan sebaik-baik orang yang syahid di sisi Allah ialah orang-orang al-Ukuf. Baginda ditanya : Siapakah orang-orang al-Ukuf itu? Baginda SAW menjawab: Iaitu orang-orang yang kapal mereka dipukul ombak di lautan. [Riwayat Ibn Abi Shaibah dalam Musonnaf beliau. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 6165].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman