TEKS BAHASA ARAB
من طاف بهذا البيت أسبوعا، وصلى خلف المقام ركعتين، وشرب من ماء زمزم، غفرت له ذنوبه بالغة ما بلغت.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa tawaf rumah ini (ka’bah) selama seminggu dan solat di belakang maqam (Maqam Ibrahim) dua rakaat dan minum daripada air zamzam, diampun baginya dosa-dosanya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2060, hadis nombor 10350. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن جابر -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: من طاف بهذا البيت أسبوعا، وصلى خلف المقام ركعتين، وشرب من ماء زمزم، غفرت له ذنوبه بالغة ما بلغت.
[الواحدي في ((تفسيره))، الجندي في ((فضل مكة))، ((الضعيفة)) (6016)]
(Lemah)
Daripada Jabir RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa tawaf rumah ini (ka’bah) selama seminggu dan solat di belakang maqam (Maqam Ibrahim) dua rakaat dan minum daripada air zamzam, diampun baginya dosa-dosanya.
[Riwayat al-Wahidi dalam Tafsir beliau, al-Jundi dalam Fadl Makkah. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6016]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.