Sesiapa menyebut madinah dengan nama Yathrib maka hendaklah dia beristighfar

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من قال للمدينة يثرب فليستغفر الله ثلاث مرات


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa menyebut Madinah dengan nama Yathrib maka hendaklah dia beristighfar kepada Allah SWT tiga kali.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 116-117, hadis nombor 32. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الدارقطني عن البراء مرفوعا وعده ابن الجوزي في الموضوعات.
وذكر أن في إسناده يزيد بن أبي زياد متروك.
وقد أخرجه أحمد في مسنده من طريقه.
وقال ابن حجر في القول المسدد: وأخطأ ابن الجوزي فإن يزيد وإن ضعفه بعضهم من قبل حفظه فلا يلزم أن كل ما يحدث به موضوع ويشهد له ما في صحيح البخاري وغيره من حديث أبي هريرة: أمرت بقرية تأكل القرى يقولون: يثرب وهي المدينة. انتهى
وأخرجه عبد الرزاق في المصنف عن ابن جريج قال: حدثت عن يزيد بن أبي زياد عن عبد الرحمن بن أبي ليلى: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: من قال للمدينة يثرب فليقل: أستغفر الله ثلاثا هي طيبة هي طيبة هي طيبة وأقول: لا شك أن الحاكم على الحديث بالوضع لكون في إسناده: يزيد بن أبي زياد فيه إفراط.
وقد أخرج له مسلم في صحيحه والبخاري تعليقا وأهل السنن الأربع ولعله قوى له الحكم بالوضع ما في المتن من النكارة فلا يتم الاستشهاد له بما ذكر ابن حجر من حديث أبي هريرة رضي الله عنه.

Al-Daraqutni meriwayatkan daripada al-Bara secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ibn Jauzi meriwayatkan di dalam al-Maudhu’at dan menyebut bahawa pada sanadnya terdapat Yazid bin Abi Ziyad yang dihukumkan sebagai matruk.
Imam Ahmad meriwayatkan di dalam Musnadnya melalui jalan al-Daraqutni.
Ibn Hajar menyatakan di dalam kitabnya al-Qaul al-Musaddad: Telah tersilap Ibn Jauzi dalam menghukum Yazid walaupun sebahagian Ulama menyatakan dia dhaif kerana hafalannya dan tidaklah menjadi kelaziman apa yang diriwayatkannya semuanya palsu. Ada riwayat sokongan di dalam Sahih al-Bukhari dan selainnya daripada hadith Abu Hurairah menyatakan: Bandar telah mengatasi bandar-bandar lain, yastrib iaitu madinah.
Abdul Razzaq meriwayatkan di dalam kitabnya al-Musannaf daripada Ibn Juraij berkata: Aku meriwayatkan daripada Yazid bin Abi Ziyad daripada Abdul Rahman bin Abi Laila. Adalah Nabi SAW bersabda: “Sesiapa menamakan madinah dengan Yathrib maka hendaklah dia beristighfar kepada Allah SWT tiga kali” itu adalah kebaikan, itu adalah kebaikan, itu adalah kebaikan dan aku menyatakan: Tidak syak lagi orang yang menghukumkan hadith ini dengan palsu disebabkan pada sanadnya terdapat Yazid bin Abi Ziyad dan padanya kelampauan.
Muslim meriwayatkan hadith riwayat Yazid bin Abi Ziyad didalam kitab sahihnya manakala al-Bukhari meriwayatkan hadithnya secara muallaq. Begitu juga pengarang kitab Sunan yang empat. Kemungkinan diperkuatkan hukum ke atasnya dengan mereka hadith kerana munkar matannya. Maka riwayatnya tidak boleh disokong dengan apa yang disebut oleh Ibn Hajar daripada Hadith riwayat Abu Hurairah.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon