TEKS BAHASA ARAB
من صلى الضحى وصام ثلاثة أيام من الشهر ولم يترك الوتر في سفرٍ ولا حضرٍ كتبت له أجر شهيد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa menunaikan solat Dhuha, berpuasa tiga hari di dalam setiap bulan, serta tidak meninggalkan solat witir ketika bermusafir dan ketika di rumah; maka Allah mencatatkan baginya ganjaran mati syahid.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1165, hadis nombor 5887. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمررضي الله عنهما قال: قال صلى الله عليه وسلم :من صلى الضحى وصام ثلاثة أيام من الشهر ولم يترك الوتر في سفرٍ ولا حضرٍ كتبت له أجر شهيد. [طب، حل، الضعيفة (6728)]
(Munkar) Daripada Ibn ‘Umar RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa menunaikan solat Dhuha, berpuasa tiga hari di dalam setiap bulan, serta tidak meninggalkan solat witir ketika bermusafir dan ketika di rumah; maka Allah mencatatkan baginya ganjaran mati syahid. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, dan Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6728]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.