Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من صَلَّى الضحى وصَامَ ثلاثةَ أيامٍ من الشهرِ ولم يَتْرُكُ الوِتْرَ في سفرٍ ولا حضرٍ كَتَبَتْ لَهُ أجرٌ شهيدٌ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa menunaikan solat Dhuha, berpuasa tiga hari di dalam setiap bulan, serta tidak meninggalkan solat witir ketika bermusafir dan ketika di rumah; maka Allah mencatatkan baginya ganjaran mati syahid.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1165, hadis no. 5887. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمررضي الله عنهما قال: قال صلى الله عليه وسلم :من صلى الضحى وصام ثلاثة أيام من الشهر ولم يترك الوتر في سفرٍ ولا حضرٍ كتبت له أجر شهيد. [طب، حل، الضعيفة (6728)]
(Munkar) Daripada Ibn ‘Umar RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa menunaikan solat Dhuha, berpuasa tiga hari di dalam setiap bulan, serta tidak meninggalkan solat witir ketika bermusafir dan ketika di rumah; maka Allah mencatatkan baginya ganjaran mati syahid. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, dan Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6728]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman