Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa meninggal dunia dan dia masih ada kewajipan puasa nazar

Teks Bahasa Arab

مَنْ مَاتَ وعليهِ صَوْمُ نَذْرٍ؛ فَلْيَصُم عنه وَلِيُّهُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa meninggal dunia dan dia masih ada kewajipan puasa nazar, maka ahli warisnya yang perlu berpuasa bagi pihak si mati.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1151, hadis no. 5822. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)عن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من مات وعليه صوم نذر فليصم عنه وليه. [ابن راهويه،الضعيفة (5482)]

(Munkar) Daripada 'Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa meninggal dunia dan dia masih ada kewajipan puasa nazar, maka ahli warisnya yang perlu berpuasa bagi pihak si mati. [Riwayat Ibn Rahawiyah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no.5482]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.