TEKS BAHASA ARAB
من قام رمضان إيماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه. ومن قام ليلة القدر إيماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه وما تأخر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan, mengharapkan pahala daripada-Nya, diampunkan dosa-dosa yang terdahulu dan sesiapa yang bangun (beribadah) pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada-Nya, maka diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu dan yang akan datang.
STATUS
Syaz
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1151, hadis nombor 5821. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ بزيادة وما تأخر) عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: من قام رمضان إيماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه. ومن قام ليلة القدر إيماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه وما تأخر. [ن في الكبرى، الضعيفة (5083)]
(Hadis ini syaz dengan tambahan lafaz [وما تأخر]). Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Sesiapa menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan, mengharapkan pahala daripada-Nya, diampunkan dosa-dosa yang terdahulu dan sesiapa yang bangun (beribadah) pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada-Nya, maka diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu dan yang akan datang. [Riwayat Sunan al-Nasa’ī dalam al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5083].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.