Sesiapa mengetahui bahawa malam akan membawanya kepada keluarganya, maka hendaklah dia menghadiri solat Jumaat

TEKS BAHASA ARAB

من علم أن الليل يأويه إلى أهله؛ فليشهد الجمعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa (dari kalangan penduduk luar dari kawasan yang didirikan solat Jumaat) mengetahui bahawa malam akan membawanya kepada keluarganya (apabila dia sempat tiba di kawasan mukimnya), maka hendaklah dia menghadiri (menunaikan) solat Jumaat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 299, hadis nombor 1579. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من علم أن الليل يأويه إلى أهله؛ فليشهد الجمعة)).
[هق، ((االضعيفة)) (4623)]

(Sangat lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa (dari kalangan penduduk luar dari kawasan yang didirikan solat Jumaat) mengetahui bahawa malam akan membawanya kepada keluarganya (apabila dia sempat tiba di kawasan mukimnya), maka hendaklah dia menghadiri (menunaikan) solat Jumaat.
[Riwayat Sunan al-Kubra oleh al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4623]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs