Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من عَلِمَ أن الليلَ يَأْوِيهِ إلى أهلِهِ؛ فلْيَشْهَدِ الجُمُعةَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa (dari kalangan penduduk luar dari kawasan yang didirikan solat Jumaat) mengetahui bahawa malam akan membawanya kepada keluarganya (apabila dia sempat tiba di kawasan mukimnya), maka hendaklah dia menghadiri (menunaikan) solat Jumaat.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 299, hadis no. 1579. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((من علم أن الليل يأويه إلى أهله؛ فليشهد الجمعة)). [هق، ((االضعيفة)) (4623)]
(Terlalu Daif) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa (dari kalangan penduduk luar dari kawasan yang didirikan solat Jumaat) mengetahui bahawa malam akan membawanya kepada keluarganya (apabila dia sempat tiba di kawasan mukimnya), maka hendaklah dia menghadiri (menunaikan) solat Jumaat. [Riwayat Sunan al-Kubra oleh al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4623]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman