TEKS BAHASA ARAB
من اعتز بالعبيد أذله الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa mencari kemuliaan dengan hamba, nescaya Allah akan menghinakannya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 461, hadis nombor 2475. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه – مرفوعا: «من اعتز بالعبيد أذله الله». [عبد الله بن أحمد في «زوائد الزهد»، حل، عق، الحكيم في «الأكياس والمغترين»، القضاعي، «الضعيفة» (2120)].
(Lemah) Daripada Umar bin al-Khaṭṭāb RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa mencari kemuliaan dengan hamba, nescaya Allah akan menghinakannya". [Riwayat Abdullah bin Aḥmad dalam Zawā’id al-Zuhd, Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu'afā’ al-Kabīr, al-Ḥakīm dalam al-Akyās wa al-Mughtarrīn dan al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2120].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.