Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa mencari kemuliaan dengan hamba, nescaya Allah akan menghinakannya

Teks Bahasa Arab

مَن اعتزَّ بالعبيدِ أذلَّهُ اللَّهُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa mencari kemuliaan dengan hamba, nescaya Allah akan menghinakannya.

Sahabat Perawi

  1. Umar bin al-Khaṭṭāb RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 461, hadis no. 2475.

(ضعيف) عن عمر بن الخطاب - رضي الله عنه - مرفوعا: «من اعتز بالعبيد أذله الله». [عبد الله بن أحمد في «زوائد الزهد»، حل، عق، الحكيم في «الأكياس والمغترين»، القضاعي، «الضعيفة» (2120)].

(Lemah) Daripada Umar bin al-Khaṭṭāb RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa mencari kemuliaan dengan hamba, nescaya Allah akan menghinakannya". [Riwayat Abdullah bin Aḥmad dalam Zawā’id al-Zuhd, Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu'afā’ al-Kabīr, al-Ḥakīm dalam al-Akyās wa al-Mughtarrīn dan al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2120].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.