Sesiapa membaca surah sekian sekian

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من قرأ سورة كذا فله أجر كذا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa membaca surah sekian sekian akan diberikan ganjaran sekian sekian.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 195, hadis nombor 606. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

كما ذكره الثعلبي في تفسيره والواحدي في أول كل سورة، والزمخشري في آخرها، وتبعه البيضاوي، والمفتي أبو السعود، وكلها موضوعة كما نبه عليه المحدثون وعابوا من أورده من المفسرين، ونبه عليه الخطيب في تفسيره أيضا ونصه، وما رواه البيضاوي تبعا للزمخشري وتبعهما ابن عادل من أنه صلى الله عليه وسلم قال: من قرأ سورة آل عمران أعطي بكل آية منها أمانا على جسر جهنم"، فهو من الأحاديث الموضوعة عن أبي بن كعب في فضائل السور، فليتنبه لذلك ويحذر منه. انتهى.

Sebagaimana disebutkan oleh al-Tha’labi dalam tafsirnya, al-Wahidi di awal setiap surah, al-Zamakhsyari di akhir surah, lalu diikuti oleh al-Baidawi dan Mufti Abu al-Su’ud. Semuanya palsu sebagaimana yang diingatkan oleh ahli hadith dan mereka mencela ahli tafsir yang menyebutkannya. Al-Khatib turut mengingatkan perkara ini juga dalam tafsirnya dengan menyatakan: Hadith yang diriwayatkan oleh al-Baidawi kerana mengikuti al-Zamakhsyari, lalu diikuti oleh Ibn Adil bahawa Nabi saw bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Ali ‘Imran, maka dia dikurniakan dengan setiap ayatnya keamanan ketika melintas sirat di atas neraka jahannam” adalah termasuk hadith-hadith palsu daripada Ubay bin Kaab berkenaan kelebihan al-Quran. Hendaklah perkara ini diketahui dan diwaspadai. Tamat.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs