Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: من قَرَأَ سُورَة كَذَا فَلهُ أجر كَذَا.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Sesiapa membaca surah sekian sekian akan diberikan ganjaran sekian sekian.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 195, hadis no. 606. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Sebagaimana disebutkan oleh al-Tha’labi dalam tafsirnya, al-Wahidi di awal setiap surah, al-Zamakhsyari di akhir surah, lalu diikuti oleh al-Baidawi dan Mufti Abu al-Su'ud. Semuanya palsu sebagaimana yang diingatkan oleh ahli hadis dan mereka mencela ahli tafsir yang menyebutkannya. Al-Khatib turut mengingatkan perkara ini juga dalam tafsirnya dengan menyatakan: hadis yang diriwayatkan oleh al-Baidawi kerana mengikuti al-Zamakhsyari, lalu diikuti oleh Ibn Adil bahawa Nabi saw bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Ali ‘Imran, maka dia dikurniakan dengan setiap ayatnya keamanan ketika melintas sirat di atas neraka jahannam” adalah termasuk hadis-hadis palsu daripada Ubay bin Kaab berkenaan kelebihan al-Quran. Hendaklah perkara ini diketahui dan diwaspadai. Tamat.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman