Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منْ دعا رجلًا بغيرِ اسمِهِ؛ لعنتْهُ الملائكةُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa memanggil seseorang selain namanya, dilaknat oleh malaikat.
Sahabat Perawi
- Amir bin Sa’ad
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 951, hadis no. 4907. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمير بن سعد قال: قال رسول الله - ﷺ-: من دعا رجلا بغير اسمه؛ لعنته الملائكة. [ابن السني، ابن قانع، الضعيفة(5222)]
(Lemah) Diriwayatkan daripada Amir bin Sa’ad telah berkata: Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa memanggil seseorang selain namanya, dilaknat oleh malaikat. [Riwayat Ibn al-Sini, Ibn Qani’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5222].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman