Sesiapa memakai pakaian bulu, memakai sepatu, menunggang keldainya, memerah susu kambing-kambingnya

TEKS BAHASA ARAB

من لبس الصوف وانتعل المخصوف وركب حماره وحلب شاته وأكل مع عياله فقد نحى الله عنه الكبر. أنا عبد ابن عبد أجلس كجلسة العبد وآكل أكلة العبد. وذلك أن النبي لم يطرق طعاما قط، إلا وهو حاب على ركبتيه. إن الله عز وجل قد أوحى إلي: أن تواضعوا ولا يبغي أحد على أحد. إن يد الله مبسوطة على خلقه فمن رفع نفسه؛ وضعه الله عز وجل، ومن وضع نفسه؛ رفعه الله -عز وجل-. ولا يمشي امرؤ على الأرض يبغي بها سلطان الله عز وجل إلا أكبه الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa memakai pakaian bulu, memakai sepatu, menunggang keldainya, memerah susu kambing-kambingnya, dan makan bersama ahli keluarga, maka Allah SWT akan menghilangkan sifat sombong daripadanya. Sesungguhnya aku seorang hamba, dan juga anak kepada seorang hamba, aku duduk seperti duduknya hamba dan aku makan makanan hamba. Sesungguhnya Nabi SAW tidak sekali pun mendatangi makanan melainkan Baginda akan melutut di atas kedua lutut Baginda. Sesungguhnya aku telah diwahyukan oleh Allah Azzawajalla untuk sentiasa bersifat tawaduk (merendah diri), dan tidak melampaui batas terhadap sesuatu yang lain. Sesungguhnya tangan-Nya (kuasa-Nya) mengatasi kekuasaan seluruh makhluk-Nya, dan sesiapa yang merendahkan dirinya (tidak sombong), maka Allah akan mengangkat (darjatnya) dan tidak ada seorang pun yang berjalan di bumi Tuhan dan melampaui batas aturan yang telah ditetapkan oleh Allah melainkan Allah Azzawajalla akan menjatuhkannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1157, hadis nombor 5851. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا موضوع بهذا السياق والتمام) عن عبدالله بن عمررضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من لبس الصوف، وانتعل المخصوف وركب حماره وحلب شاته وأكل مع عياله فقد نحى الله عنه الكبر. أنا عبد ابن عبد، أجلس كجلسة العبد وآكل أكلة العبد. وذلك أن النبي لم يطرق طعاما قط، إلا وهو حاب على ركبتيه. إن الله عز وجل قد أوحى إلي: أن تواضعوا، ولا يبغي أحد على أحد. إن يد الله مبسوطة على خلقه فمن رفع نفسه وضعه الله عز وجل ومن وضع نفسه رفعه الله عز وجل. ولا يمشي امرؤ على الأرض يبغي بها سلطان الله عز وجل إلا أكبه الله عز وجل. [ابن السكن في حديثه، الضعيفة (5697)]

(Sangat Lemah. Palsu dengan konteks dan lafaz yang lengkap) Daripada Abdullah bin Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa memakai pakaian bulu, memakai sepatu, menunggang keldainya, memerah susu kambing-kambingnya, dan makan bersama ahli keluarga, maka Allah SWT akan menghilangkan sifat sombong daripadanya. Sesungguhnya aku seorang hamba, dan juga anak kepada seorang hamba, aku duduk seperti duduknya hamba dan aku makan makanan hamba. Sesungguhnya Nabi SAW tidak sekali pun mendatangi makanan melainkan Baginda akan melutut di atas kedua lutut Baginda. Sesungguhnya aku telah diwahyukan oleh Allah Azzawajalla untuk sentiasa bersifat tawaduk (merendah diri), dan tidak melampaui batas terhadap sesuatu yang lain. Sesungguhnya tangan-Nya (kuasa-Nya) mengatasi kekuasaan seluruh makhluk-Nya, dan sesiapa yang merendahkan dirinya (tidak sombong), maka Allah akan mengangkat (darjatnya) dan tidak ada seorang pun yang berjalan di bumi Tuhan dan melampaui batas aturan yang telah ditetapkan oleh Allah melainkan Allah Azzawajalla akan menjatuhkannya. [Riwayat Ibn Sakan dalam Hadisnya. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5697]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.