Sesiapa makan timun bersama daging

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من أكل القثاء بلحم وقي الجذام.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa makan timun bersama daging, dipelihara daripada penyakit kusta.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 163, hadis nombor 28. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن عدي عن أنس مرفوعا وقال تفرد به خليد بن دعلج ولعل البلاء ممن رواه عنه.
قال في الميزان: هذا حديث موضوع.

Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Anas secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), Ibn ‘Adi berkata: Khulaid Bin Da’laj bersendirian dalam meriwayatkan hadith dan kemungkinan bala daripada perawi yang meriwayatkan hadith darinya.
Al-Zahabi berkata di dalam kitab al-Mizan: Hadith ini palsu.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs