Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa makan timun bersama daging

Teks Bahasa Arab

حديث: من أكل القثاء بلحم وقي الجذام.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa makan timun bersama daging, dipelihara daripada penyakit kusta.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 163, hadis no. 28. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن أنس مرفوعا وقال تفرد به خليد بن دعلج ولعل البلاء ممن رواه عنه. قال في الميزان: هذا حديث موضوع.

Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Anas secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), Ibn ‘Adi berkata: Khulaid Bin Da’laj bersendirian dalam meriwayatkan hadith dan kemungkinan bala daripada perawi yang meriwayatkan hadith darinya. Al-Zahabi berkata di dalam kitab al-Mizan: Hadith ini palsu.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.