Sesiapa daripada kalangan umatku yang mengucapkan selawat untukku dengan seikhlas hatinya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من صلى علي من أمتي صلاة مخلصا من قلبه صلى الله عليه بها عشر صلوات ورفعه بها عشر درجات وكتب له بها عشرحسنات ومحا عنه عشر سيئات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa daripada kalangan umatku yang mengucapkan selawat untukku dengan seikhlas hatinya, Allah akan berselawat untuknya sebanyak sepuluh selawat, mengangkatnya sepuluh darjat, dituliskan baginya sepuluh kebaikan, dan dihapuskan sepuluh kesalahan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1071, hadis nombor 5458. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا التمام) عن أبي بردة بن نيار مرفوعا: من صلى علي من أمتي صلاة مخلصًا من قلبه صلى الله عليه بها عشر صلوات ورفعه بها عشر درجات وكتب له بها عشر حسنات ومحا عنه عشر سيئات. [البزار، النسائي في عمل اليوم والليلة، الضعيفة (5141)]

(Lemah dengan teks yang lengkap) Daripada Abu Burdah bin Nayyar secara marfu‘ daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Sesiapa daripada umatku yang mengucapkan selawat untukku dengan sepenuh ikhlas hatinya, Allah akan berselawat untuknya sepuluh selawat, mengangkatnya sepuluh darjat, dituliskan baginya sepuluh kebaikan, dan dihapuskan sepuluh kesalahan. [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad, al-Nasa’i dalam ‘Amal al-Yawm wa al-Lailah dan al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5141]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.