Sanadnya Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa dari kalangan kamu yang tidak mempunyai kecepatan, maka dia tidak akan masuk ke dalam syurga melainkan dalam keadaan lambat

Teks Bahasa Arab

مَن لم يَكُن لَهُ منكُم فرَطٌ لم يدخل الجنَّةَ إلَّا تَصريدًا فقالَ رجلٌ : يا رسولَ اللَّهِ ما لكُلِّنا فَرطٌ ؟ قالَ :أوليسَ مِن فرَطِ أحدِكُم أن يفقِدَ أخاهُ المُسْلِمَ؟

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa dari kalangan kamu yang tidak mempunyai kecepatan, maka dia tidak akan masuk ke dalam syurga melainkan dalam keadaan lambat. Maka seorang lelaki telah bertanya: Wahai Rasulullah, tidaklah setiap kami memiliki kecepatan? Baginda SAW telah menjawab: Bukankah daripada sifat cepat salah seorang kamu itu dia merasa kehilangan saudara semuslimnya?

Sahabat Perawi

  1. Sahl bin Hanif RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sanadnya Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 117, hadis no. 605. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(إسناده ضعيف جدا) عن سهل بن حنيف رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من لم يكن له منكم فرط لم يدخل الجنة إلا تصريداً. فقال رجل: يا رسول الله ما لكلنا فرط؟ قال: أوليس من فرط أحدكم أن يفقد أخاه المسلم؟. [طس، الضعيفة (5894، 6000)]

(Sanadnya Terlalu Daif) Daripada Sahl bin Hanif RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang tidak mempunyai kecepatan, maka dia tidak akan masuk ke dalam syurga melainkan dalam keadaan lambat. Maka seorang lelaki telah bertanya: Wahai Rasulullah, tidaklah setiap kami memiliki kecepatan? Baginda SAW telah menjawab: Bukankah daripada sifat cepat salah seorang kamu itu dia merasa kehilangan saudara semuslimnya? [Riwayat al-Ṭabarānī dalam Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5894, 6000]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.