TEKS BAHASA ARAB
إني لأرجو إن طالت بي حياة أن أدرك عيسى ابن مريم عليه السلام، فإن عجل بي موت؟ فمن لقيه منكم؟ فليقرئه مني السلام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya aku benar-benar berharap jika dipanjangkan hidupku agar aku dapat bertemu Isa Ibn Maryam AS. Jika dipercepatkan kematianku, sesiapa dalam kalangan kamu yang bertemu Isa, maka sampaikanlah salam daripadaku kepadanya.
STATUS
Shaz
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1366, hadis nombor 6963. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: إني لأرجو إن طالت بي حياة أن أدرك عيسى ابن مريم عليه السلام، فإن عجل بي موت؟ فمن لقيه منكم؟ فليقرئه مني السلام.
[حم، ((الضعيفة)) (5564)]
(Shaz)
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda: Sesungguhnya aku benar-benar berharap jika dipanjangkan hidupku agar aku dapat bertemu Isa Ibn Maryam AS. Jika dipercepatkan kematianku, sesiapa dalam kalangan kamu yang bertemu Isa, maka sampaikanlah salam daripadaku kepadanya.
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5564]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.