Shaz

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa dalam kalangan kamu yang bertemu Isa AS, maka sampaikanlah salam daripadaku kepadanya

Teks Bahasa Arab

إني لأرجو إنْ طالتْ بي حياة أن أُدْرِكَ عيسى ابن مريم عليه السلام، فإن عَجلَ بي موتٌ؟ فَمَنْ لَقِيَهُ منكم؟ فَلْيُقْرِئْهُ مني السلام.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya aku benar-benar berharap jika dipanjangkan hidupku agar aku dapat bertemu Isa Ibn Maryam AS. Jika dipercepatkan kematianku, sesiapa dalam kalangan kamu yang bertemu Isa, maka sampaikanlah salam daripadaku kepadanya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Shaz

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1366, hadis no. 6963. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ) عن أبي هريرة رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: إني لأرجو إن طالت بي حياة أن أدرك عيسى ابن مريم عليه السلام، فإن عجل بي موت؟ فمن لقيه منكم؟ فليقرئه مني السلام. [حم، ((الضعيفة)) (5564)]

(Shaz) Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda: Sesungguhnya aku benar-benar berharap jika dipanjangkan hidupku agar aku dapat bertemu Isa Ibn Maryam AS. Jika dipercepatkan kematianku, sesiapa dalam kalangan kamu yang bertemu Isa, maka sampaikanlah salam daripadaku kepadanya. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5564]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.