Sesiapa dalam kalangan kamu yang bagus bercakap dalam bahasa arab

TEKS BAHASA ARAB

من أحسن منكم أن يتكلم بالعربية فلا يتكلمن بالفارسية، فإنه يورث النفاق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa dalam kalangan kamu yang bagus bercakap dalam bahasa arab maka janganlah sesekali dia bercakap dalam bahasa Parsi. Sesungguhnya ia akan mewariskan sifat nifaq.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 176, hadis nombor 896. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عمر -رضي الله عنه- مرفوعا: من أحسن منكم أن يتكلم بالعربية فلا يتكلمن بالفارسية، فإنه يورث النفاق.
[ك، ((الضعيفة)) (523)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Umar – Raḍiyallāhu ‘anhu – secara Marfu’: “Sesiapa dalam kalangan kamu yang bagus bercakap dalam bahasa arab maka janganlah sesekali dia bercakap dalam bahasa Parsi. Sesungguhnya ia akan mewariskan sifat nifaq.
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 523]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs