Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن أَحْسَنَ منكم أن يتكلمَ بالعربيةِ فلا يَتَكَلَّمَنَّ بالفارِسِيَّةِ، فإنه يُورِثُ النفاقَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa dalam kalangan kamu yang bagus bercakap dalam bahasa arab maka janganlah sesekali dia bercakap dalam bahasa Parsi. Sesungguhnya ia akan mewariskan sifat nifaq.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 176, hadis no. 896. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنه- مرفوعا: من أحسن منكم أن يتكلم بالعربية فلا يتكلمن بالفارسية، فإنه يورث النفاق. [ك، ((الضعيفة)) (523)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar - Raḍiyallāhu ‘anhu - secara Marfu’: “Sesiapa dalam kalangan kamu yang bagus bercakap dalam bahasa arab maka janganlah sesekali dia bercakap dalam bahasa Parsi. Sesungguhnya ia akan mewariskan sifat nifaq. [Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 523]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman