Sesiapa berpuasa Asyura

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من صام يوم عاشوراء كتب اله له عبادة ستين سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa berpuasa Asyura, Allah akan menulis untuknya pahala ibadah 60 tahun.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 185, hadis nombor 577. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن قيم الجوزية: باطل يرويه حبيب ابن أبي حبيب، عن إبراهيم الصائغ، عن ميمون بن مهران، عن ابن عباس، وحبيب: كان يضع الأحاديث.

Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah berkata: Batil, Diriwayatkan oleh Habib bin Ali Habib daripada Ibrahim al-Sa’igh daripada Maimun bin Mihran daripada Ibnu Abbas. Dan Habib seorang yang selalu memalsukan banyak hadith.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs