Sesiapa antara kalian yang menunaikan solat pada waktu malam, hendaklah dia menyaringkan bacaannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من ‌صلى ‌منكم ‌من الليل، فليجهر بقراءته، فان الملائكة تصلى وتسمع لقراءته، وإن مسلمي الجن الذين يكونون في الهواء، ‌وجيرانه الذين يكونون في مسكنه، يصلون بصلاته ويستمعون لقراءته، فإنه يطرد بجهره قراءته عن داره ومن نزلها ‌من فساق الشياطين ومردة الجن. وما ‌من رجل يعلم كتاب الله عن ظهر قلبه، يريد به وجه الله، ثم ‌صلى به ‌من الليل ساعة معلومة، إلا أمرت الليلة الماضية الليلة المستقبلة أن تكون عليه خفيفة، وأن ينتبه في ساعته… الحديث بطوله في نحو صفحتين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa antara kalian yang menunaikan solat pada waktu malam, hendaklah dia menyaringkan bacaannya. Kerana sesungguhnya malaikat sedang solat dan mendengar bacaannya. Sesungguhnya jin-jin Islam yang berada di udara dan jirannya yang berada di tempat tinggalnya, menunaikan solat dengan solatnya dan mengamati bacaannya. Kerana sesungguhnya penyaringan bacaannya itu menghalau syaitan-syaitan yang fasik dan jin-jin yang melampaui batas dari rumahnya dan orang yang mendiaminya. Tiada juga seorang lelaki pun yang mengetahui kitab Allah dengan hafalan, dia mendambakan wajah (keredaan) Allah dengannya, kemudian dia solat dengan hafalan itu pada waktu malam pada waktu tertentu, melainkan malam yang lalu akan menyuruh malam yang akan datang untuk menjadi ringan baginya, serta mengejutkannya pada waktunya itu… (lalu disebutkan) hadis ini dengan panjangnya pada sekitar dua muka surat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 579-580, hadis nombor 2983. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبادة بن الصامت – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «من صلَّى منكم من الليلِ، فليَجْهَرْ بقراءتِه، فإنَّ الملائكةَ تُصلِّي وتسمعُ لقراءتِه، وإنَّ مُسلمي الجِنِّ الذين يكونونَ في الهواءِ، وجيرانَه الذين يكونونَ في مسكنِه، يُصلُّونَ بصلاتِه ويستمعونَ لقراءتِه، فإنهُ يَطْرَدُ بجهرِهِ قراءتَه عن دارِه ومَن نزلَها من فُسَّاقِ الشياطينِ ومردةِ الجِنِّ. وما من رجلٍ يُعلِّمُ كتابَ اللهِ عن ظهرِ قلبِه، يُريدُ به وجهَ اللهِ، ثم صلَّى به من الليلِ ساعةً معلومةً، إلا أَمِرَتِ الليلةُ الماضيةُ الليلةَ المستقبلةَ أن تكونَ عليهِ خفيفةً، وأن ينتبهَ في ساعتِهِ»… الحديثُ بطولِهِ في نحوِ صفحتينِ. [ابن أبي الدنيا في «التهجد»، عق، ابن الجوزي، «الضعيفة» (6821)].

(Palsu) Daripada ‘Ubadah bin al-Samit RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Sesiapa antara kalian yang menunaikan solat pada waktu malam, hendaklah dia menyaringkan bacaannya. Kerana sesungguhnya malaikat sedang solat dan mendengar bacaannya. Sesungguhnya jin-jin Islam yang berada di udara dan jirannya yang berada di tempat tinggalnya, menunaikan solat dengan solatnya dan mengamati bacaannya. Kerana sesungguhnya penyaringan bacaannya itu menghalau syaitan-syaitan yang fasik dan jin-jin yang melampaui batas dari rumahnya dan orang yang mendiaminya. Tiada juga seorang lelaki pun yang mengetahui kitab Allah dengan hafalan, dia mendambakan wajah (keredaan) Allah dengannya, kemudian dia solat dengan hafalan itu pada waktu malam pada waktu tertentu, melainkan malam yang lalu akan menyuruh malam yang akan datang untuk menjadi ringan baginya, serta mengejutkannya pada waktunya itu"… (lalu disebutkan) hadis ini dengan panjangnya pada sekitar dua muka surat. [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Tahajjud, al-’Uqayli dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir dan Ibn al-Jawzi dalam al-Maudu’at. Lihat as-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6821].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.