Sesetengah ayah dari kaumku telah menceraikan isterinya dengan seribu talak

TEKS BAHASA ARAB

طلق بعض آبائي امرأته ألفا، فانطلق بنوه إلى رسول الله -صلى الله عليه وسلم- فقالوا: يا رسول الله، إن أبانا طلق أمنا ألفا، فهل له من مخرج؟ قال: إن أباكم لم يتق الله -تعالى-، فيجعل له من أمره مخرجا، بانت منه بثلاث على غير السنة، وتسعمائة وسبع وتسعون إثم في عنقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesetengah ayah dari kaumku telah menceraikan isterinya dengan seribu talak. Kemudian anak-anaknya datang berjumpa Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ayah kami telah menceraikan ibu kami dengan seribu talak. Adakah jalan keluar buatnya (dari masalah ini)?”. Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya ayah kalian tidak bertaqwa kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah telah menjadikan jalan keluar buatnya. Dia telah menceraikan isterinya dengan tiga talak secara bukan di atas sunnah, manakala 997 talak lagi ialah dosa di atas lehernya".

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 918, hadis nombor 4705. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن عبادة بن الصامت -رضي الله عنه-، قال: طلق بعض آبائي امرأته ألفا، فانطلق بنوه إلى رسول الله -صلى الله عليه وسلم- فقالوا: يا رسول الله، إن أبانا طلق أمنا ألفا، فهل له من مخرج؟ قال: ((إن أباكم لم يتق الله -تعالى-، فيجعل له من أمره مخرجا، بانت منه بثلاث على غير السنة، وتسعمائة وسبع وتسعون إثم في عنقه)).
[عد، طب، ((الضعيفة)) (1211)].

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Ubadah bin as-Samit RA bahawa dia berkata: Sesetengah ayah dari kaumku telah menceraikan isterinya dengan seribu talak. Kemudian anak-anaknya datang berjumpa Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ayah kami telah menceraikan ibu kami dengan seribu talak. Adakah jalan keluar buatnya (dari masalah ini)?”. Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya ayah kalian tidak bertaqwa kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah telah menjadikan jalan keluar buatnya. Dia telah menceraikan isterinya dengan tiga talak secara bukan di atas sunnah, manakala 997 talak lagi ialah dosa di atas lehernya”.
[Riwayat Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil fi al-Du’afaa, al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 1211].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs